Maqam Habib Abdullah bin Alawi Alhaddad |
Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad
Raatib
Alhahad itulah salah satu Kitab Raatib yang disusun oleh Habib Abdullah
bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad . Beliau dilahirkan
di Subir kota Tarim Hadhramaut, yaman selatan tanggal 5 Safar tahun 1044
H bersamaan 30 JULI tahun 1634 Masehi
Sejak
Kecil Beliau terserang penyakit yang mengakibatkan kehilangan
penglihatannya (buta). Namun Alloh SWT telah memberi Nur pengetahuan
dalam hatinya karena itu beliau belajar dengan menggunakan mata batinnya
dengan para Ulama-ulama di Yaman. Rasa Ta’zhim beliau terhadap gurunya
sangat luar biasa hingga beliau mendapat karunia keberkahan yang luar
biasa. Beliau pernah berkata “ketika aku masih kecil, aku telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan berbagai mujahadah
yang lainnya, sehingga ditegur oleh nindaku yang solehah bernama Salma
binti Said Al-Wali Omar Ba’Alawi, supaya menjaga diriku. Dia sering
berkata demikian jika ibadat serta mujahadah yang aku kerjakan terlalu
berlebihan. Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak
memulai perjalanan ini semata-mata menghargai hati kedua ibu-bapakku yang
amat prihatin terhadap keadaanku”.
Beliau
lebih senang menyendiri disuatu tempat karena baginya buta mata yang
diberikan Alloh kepada dirinya hanya untuk mengabdi kepadaNya. Beliau
sering mengunjungi dan berziarah dimaqom para Auliya dan orang-orang
soleh. Duduk disudut Masjid dan malam hari beliau sholat tahajut hampir
disetiap masjid di kota tarim, beliau membaca Alquran dengan diiringi
air mata yang terus mengalir dan Disinilah menurut pendapat Habib
Abdulloh bil faqih beliau mendapat Futuh dari Alloh SWT.
Habib
Abdullah Bin Alwi Al Haddad membuka majlis ta'lim dan selalu ramai
dikunjungi oleh orang-orang yang ingin belajar darinya mereka yang lapar
jadi hilang laparnya, mereka yang sakit kepala bisa hilang sakit
kepalanya ini karena kedalam ilmu yang dimilki oleh beliau dan pancaran
ruhul ilahiyyah yang keluar dari ucapan-ucapan beliau hingga tak ada
satu orang pun yang beranjak pergi untuk meninggalkan majlis beliau.
Al-Imam
sentiasa berbicara dengan orang lain menurut kadar akal mereka dan
sentiasa memberi hak yang sesuai dengan taraf kedudukan masing-masing.
Sehinggakan apabila dikunjungi pejabat beliau memberi haknya sebagai
pejabat kiranya didatangi orang lemah, dilayani dengan penuh mulia dan
dijaga hatinya apalagi dengan orang miskin.
Beliau
amat mencintai para penuntut ilmu dan mereka yang gemar kepada alam
akhirat. Al-Habib tidak pernah jemu terhadap untuk mengajar di majlisnya
bahkan sentiasa diutamakan mereka dengan kasih sayang tanpa melalaikan
beliau dari mengingati Allah walau sedetik. Beliau pernah menegaskan
“Tiada seorang pun yang berada dimajlisku mengganguku dari mengingati
Allah”.
Majlis
Al-Imam sentiasa dipenuhi dengan pembacaan kitab-kitab yang bermanfaat,
pembahasan dalam soal keagamaan sehingga para hadhirin sama saja baik
itu yang alim ataupun jahil tidak akan berbicara dengan perkataan yang
keji yang mengakibatkan dosa seperti mengumpat ataupun mencaci. Bahkan
tidak terdapat juga perbicaraan kosong yang tidak menghasilkan faedah.
Apa yang diucapkan hanyalah zikir, diskusi keagamaan, nasihat -nasihat,
serta ajakan kepada mereka supaya beramal soleh. Inilah yang ditegaskan
oleh beliau “Tiada seorang pun yang patut mempersoalkan hal keduniaan
atau menyebut tentangnya kerena yang demikian adalah tidak pantas, seharusnya waktu diperuntuk sepenuhnya untuk akhirat saja. Silahkan
berbicara tentang keduniaan dengan selain dariku.”
Al-Habib
rahimahullah adalah contoh bagi insan dalam hal bicara maupun amal
perbuatan mencerminkan akhlak junjungan mulia dan tabiat Rosulullh SAW
yang mengalir dalam hidup beliau. Beliau memiliki semangat yang tinggi
dan azam yang kuat dalam hal keagamaan. Al-Imam juga sentiasa menangani
berbagai urusan dengan penuh keadilan dan ihklas karena Alloh SWT,
bahkan beliau sentiasa mempercepatkan segala tugasnya tanpa membuang
waktu. Beliau bersifat mulia dan pemurah lebih-lebih lagi di bulan
Ramadhan. Ciri inilah menyebabkan ramai orang dari pelosok negeri sering
berbuka puasa bersama beliau di rumahnya dengan hidangan yang tidak
pernah putus semata mata mencari barakah beliau.
Al-Imam menyatakan “Sesuap makanan yang dihadiahkan atau disedekahkan mampu menolak kesengsaraan”. Katanya lagi “Kiranya ditangan kita ada kemampuan, niscaya segala keperluan fakir miskin dipenuhi”.
Beliau
memiliki hati yang amat suci, sentiasa sabar terhadap sikap buruk dari
orang yang lain yang tidak suka dengannya dan sedikitpun beliau tidak
marah. Kalaupun beliau marah, bukan kerena pribadi seseorang tetapi
karena perbuatan mungkarnya yang telah membuat Al-Imam benar-benar
marah. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Habib “Adapun segala kesalahan
berkait dengan hak aku, aku telah maafkan; tetapi hak Allah sesungguhnya
tidak akan dimaafkan”.
Al-Imam juga sedikit tidur, Kebiasaan Al-Imam melambatkan solat witir sehingga hampir fajar ini dikarenakan Al-Imam tidur sedikit (qailulah) selepas sholat qiamullail. Kemudian barulah berwudu’ untuk solat witir sebelum subuh. Beliau sentiasa berzikir ‘La ila ha illallah’ tidak pernah berhenti dari mulutnya.

juga memperbanyakkan puasa, terutamanya pada hari Isnin dan Khamis,
Ayyaamul Baidh (hari ke 13, 14 dan 15 tiap-tiap bulan), hari ‘Asyura;
hari ‘Arafah, enam hari dalam bulan Syawwal.
walaubagaiman Al-Imam tidak pernah menunjuk-nunjukkan amalnya kecuali keadaan memaksakan seperti supaya dapat dijadikan tauladan kepada yang lain(tahadusan bini’mat). Kata Al-Imam: “tidak aku tonjolkan amalan ini dengan sengaja, walaupun itu Alhamdulillah aku tidak bimbang dari sifat riya’ Ingatlah sebagaimana Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan tentang perkara ini berlandaskan firman Allah (yang bermaksud) “Sama sekali aku tidak memuji diri ini dengan kebaikan, maka ketahuilah sesungguhnya inilah yang mendorongkannya kepada perbuatan buruk”.
Al-Imam juga telah menegaskan: “sesungguhnya aku telah melaksanakan kesemua sunnah Nabi dan tidak ada sunnah yang ditinggalkan, kecuali rambut”. Akhirnya Al-Imam mengekalkan rambut hingga ke telinganya sebagai yang dilaksanakan oleh Rasul S.A.W.
Selain beliau menyusun Rattib yang kita kenal dengan Raatib Al Hadad beliau juga mengarang beberapa kitab-kitab yang termashur diantarannya :

- An-Nashôihud Dîniyyah
- Ad-Da’watut Tâmmah
- Ad-Da’watut Tâmmah
- Risâlatul Mu’âwanah
- Al-Fushûlul ‘Ilmiyyah
- Sabîlul Iddikâr
- Risâlatul Mudzâkara
- Risâlatul Murîd-. Kitâbul Hikam-. An-Nafâisul Uluwiyyah- Ithâfus Sâil
Beliau menghembuskan napas terakhirnya pada Selasa sore, 7 Dzulqaidah 1132 H di kota Tarim ini juga, beliau ra kembali menghadap Yang Kuasa, meninggalkan banyak murid, karya dan nama harum di dunia. Di kota itu pula, di pemakaman Zanbal, beliau ra dimakamkan. Semoga Allah memberinya kedudukan yang mulia di sisi-Nya dan memberi kita manfaat yang banyak dari ilmu-ilmunya.

Ya
Allah, curahkan dan limpahkanlah keridhoan atasnya dan anugerahilah
kami dengan rahasia-rahasia yang Engkau simpan padanya, Aamiin .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar